Wednesday 25 November 2015

Inilah kisahku...

Asalamualaikum...

Aku bukanlah dari keluarga yg senang
hidup secara bersederhana, kadang kala makan or pakai ikut kemampuan...
tapi alhamdulillah, ibu dan ayah ku tak pernah memanjakan aku...

Aku dibesarkan dalam keadaan sederhana....aku anak sulung, aku lah segalanya bagi kedua ibu bapaku...aku disekolahkan seperti kanak-2 lain yg sebaya dengan aku...aku tidaklah sepandai rakan-2 ku yg lain...dari kecil aku dihantar ke tadika sehinggalah tamat sekolah menengah...belum pernah lagi banggakan kedua ibu bapaku dengan keputusan peperiksaan ku...aku dimarah, kadang kala dibandingkan dengan saudara mara atau rakan-2 ku yg lain...

Aku hampa aku kecewa...malah aku dicemuh oleh jiran terdekatku...tapi aku redha,sebab aku tahu nie semua ujian allah...alhamdulillah,terima kasih ya allah atas ujian mu...

Namun,aku ade hasrat yg aku simpan sejak kecil...nak masuk Universiti...keputusan SPM sederhana,aku tahu ini ujian aku...walaupun keputusanku tidaklah cemerlang seperti rakan seperjuangan,namun aku tak putus asa...aku tekad untuk sambung belajar di tingkatan 6,syukur alhamdulillah kedua ibu bapaku menyokong keputusanku...

Aku yakin dengan ketentuan allah...allah takkan uji kalau aku tak mampu...sebaik tamat tingkatan 6,aku ditawarkan untuk sambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan...alhamdulillah sekali lagi,allah maha besar...terima kasih allah...tercapai juga impian aku...

Kini,aku sedang melanjutkan pelajaran dan pengajianku hanya berbaki 2 tahun sahaja...semoga allah permudahkan segala urusan aku...aku harap aku dapat buktikan yg aku juga mampu berjaya seperti orang lain
...in shaa allah

Friday 29 May 2015

Jodoh Itu Rahsia Allah

Soal hati itu misteri
Hadirnya sukar dijangka
Dan kadangkala tidak dipinta
Apabila masa itu tiba
Dan mengetuk pintu hati
Bukan mudah untuk kita mengawal diri
Umpama orang yg sedang berpuasa
Kekuatan dan kesabarannya teruji pada waktu dia menhan lapar, dahaga dan dosa
Lalu debaran kian terasa
Apabila waktu berbuka semakin menghampiri
Sehingga akhirnya
Kemenangan memerangi nafsu yg penuh nikmat itu dapat dikecapi
"Apabila seorang hamba bernikah, telah menjadi sempurna separuh agamanya.
Lalu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian yg lain"

Bercinta selepas nikah itu nikmat
Untuk diri yg sudah 'terjatuh' hatinya
Pasakkan niat memburu berkat
Sabar menantikan detik dan saat
Kerana tiada apa lagi yg lebih indah
Apabila hubungan diberkati Allah
Alangkah nikmatnya bercinta selepas bernikah.

-Puteri Mujahidah-

Wednesday 20 May 2015

A.K.U

Asalamualaikum...
Bismillah...

Aku bukanlah insan sempurna
Seringkali aku terleka
Dalam keadaan terjaga, aku juga terpalit dengan dosa

Aku insan yg jahil hukum agama
Imanku tidaklah seteguh alim ulama
Jatuh bangunku kerana Allah Yang Maha Esa

Tuhan, izinkan aku untuk masuk ke syurga
Sedarkanlah aku walau dalam keadaan terjaga
Berikanlah aku iman yg seteguhnya

Dosa, itulah yg sering aku terbiasa
Dalam sedar aku juga melakukannya
Tanpa rasa bersalah terhadap Sang Pencipta

Ku berharap masih diberi peluang untuk menjadi "manusia"
Kerna ku tahu aku bukan lah sesiapa
Masih banyak dosa yg tersisa

Tuhan, terimalah taubatku seadanya
Berikanlah kesempatan padaku untuk menjadi bidadari syurga
Kerna ku yakin semua ada hikmahnya

-Puteri Mujahidah-

Tuesday 19 May 2015

Bidadari Dunia dan Akhirat Sana...

Asalamualaikum...
Bismillah...

Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti... terkadang juga minum berdiri...
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat kursi...
Terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri... 
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari...

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil tersenyum tayang gigi
Terkadang menitis air matanya laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-2 lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-2 without mercy

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa
Yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya
Yang tak lari dari buat khilaf dan dosa...

Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa
Apa-2 pun, yg pastinya muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh
Sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk
Sentiasa cuba nak improve diri dari semasa ke semasa tanpa henti
Walau terkadang dia tersungkur, itu bukan kerana dia lemah
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula
Jadi kuat dari sebelumnya...
Kerana dia berusaha untuk menjadi bidadari dunia, dan juga di akhirat sana...

In shaa allah...

-Puteri Mujahidah-

Monday 18 May 2015

Doa Kami Sentiasa Bersamamu Rohingya...

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu...

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu...

Selamat malam Rohingya
Esok kan ade matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Tuesday 12 May 2015

Future Zauj...

Asalamualaikum...
Bismillah...

Dear future zauj...
Terimalah aku seadanya
Bimbinglah aku ke syurgaNya

Tegurlah aku andai aku terkasar bahasa...
Tegurlah aku andai aku melampaui batas...
Tegurlah aku andai aku melakukan kesilapan...

Aku bukanlah insan sempurna...
Seringkali terleka... alpa... lupa...
Aku mohon agar kau kuat untuk terus bimbingku menuju ke Jannah Ilahi

Wassalam...

-Puteri Mujahidah-

Monday 11 May 2015

Coretan Untuk Si Pencari Bahagia...

Asalamualaikum...
Bismillah...

Bahagia tidak semestinya hadir melalui manusia...
Tatkala kita tunduk dan sujud pada Ilahi... itu juga bahagia...
Bahagia yg hakiki...

Saat kau dirundum duka.. saat kau kecewa...
Kau butuhkan bahagia...
Tapi selalu saja... yg kau perlukan hanya bahagia dari sang manusia..

Kau alpa.. kau leka...
Bahawa Allah sentiasa bersama...
Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kau beroleh bahagia...

Kenapa?
Kerana semua itu datangnya dari si Dia...
Dia lah yg beri kegembiraan... Dia jugalah pemberi duka...

Kerana Dia rindu... rindu pada si peminta...
Iaitu kita sang manusia...

Bangkitlah... jangan terus alpa...
Carilah bahagia hakiki yg menjamin kita ke SyurgaNya...

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar !

-Puteri Mujahidah-